Pengucaptama

photo1

BIOGRAFI

Profesor Dato’ Dr. Sidek Baba berasal dari Kg.Pulau, Masjid Tanah, Melaka dan dilahirkan pada 12.6.1946. Mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris Tg.Malim, Perak, ijazah pertama dalam Pengajian Melayu, di Universiti Malaya, Diploma Pengajian Islam di UKM, Sarjana Sains Pendidikan dalam bidang Pendidikan Berbanding di Universiti Indiana, Bloomington, USA dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar di Universiti Northern Illinois di USA.

Berpengalaman menjadi pendidik selama 18 tahun, pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland selama lima tahun, Dekan Pusat Matrikulasi UIAM selama dua tahun dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin selama lapan tahun dan sekarang ini sebagai Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan, UIAM. Subjek yang diajar kini ialah Kajian Polisi Pendidikan, Integrasi dan Islamisasi ilmu, Isu-isu dalam Pendidikan, Pemikiran Islam dan Tamadun, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Sistem Nilai dalam Pendidikan dan Pendidikan Berbanding.

Ahli Majlis Perundingan Islam Malaysia, Lembaga Pengarah Darul Quran JAKIM, Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengelola YADIM, Lembaga Pengarah MAIS, Lembaga Pengarah Universiti Bestari (Peyatim). Telah menghasilkan 50 buku mengenai fikrah Islam.