Objektif

Seminar Falsafah dan Tamadun 2018 (SEFATA 2018) bertujuan: 

  • menjadi platform untuk para intelektual berkongsi dan bertukar pandangan bagi mengembangkan lagi wacana kefalsafahan dan ketamadunan dalam pandangan alam Timur dan Barat.
  • mewacanakan perkembangan terkini penyelidikan yang dilaksanakan oleh para intelektual dalam falsafah dan tamadun, sama ada dari sudut pandang Timur atau Barat.
  • memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi tentang kepentingan penglibatan mahasiswa-mahasiswi dalam meneruskan usaha wacana kefalsafahan dan ketamadunan agar dapat melahirkan budaya ilmu yang utuh di Malaysia.