• sefata 2

  • sefata

UTAMA

PANGGILAN KERTAS KERJA!

Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu universiti awam di Malaysia yang memperkenalkan rancangan pengajian minor dan rancangan pengajian ijazah tinggi dalam bidang falsafah dan tamadun iaitu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Sejajar dengan wawasan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan untuk mengkaji bidang kemanusiaan bagi membangunkan diri dan masyarakat yang lestari, Bahagian Falsafah dan Tamadun buat julung kalinya menganjurkan Seminar Falsafah dan Tamadun 2018 (SEFATA 2018) bagi memberi pendedahan mengenai usaha wacana bidang falsafah dan ketamadunan pada peringkat Serantau.

Falsafah, sepertimana yang diketahui, merupakan akar bagi pembinaan pandangan alam sesuatu tamadun. Sesuatu tamadun juga berkembang maju sejajar dengan bidang-bidang ilmu yang dipayungi oleh falsafah seperti sains tabii, teknologi, sains sosial dan kemanusiaan. Dengan iltizam sedemikian, para penyelidik dalam kedua-dua bidang ini bertanggungjawab untuk mengembalikan minat para penuntut di institusi-institusi pengajian tinggi terhadap bidang-bidang tersebut. Hal ini kerana, manfaatnya begitu besar kepada bidang-bidang lain seperti sains tabii, teknologi, sains sosial dan kemanusiaan. Perkembangan wacana ini wajar diikuti melalui sarjana-sarjana yang terlibat di Malaysia, maka menjadi justifikasi seminar ini dilaksanakan.