Bahagian Falsafah dan Tamadun

Dengan semangat bidang yang menuntut pengabdian kepada ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan, Bahagian Falsafah dan Tamadun meneroka pengkajian dan pengajian dua bidang akademik melengkapi antara satu sama lain – falsafah dan tamadun. Sementara falsafah (secara harfiahnya, “mencintai kebijaksanaan”) seusia dengan sejarah akademik itu sendiri, kajian ketamadunan pula semakin menampakkan kerelevanannya dalam era global melalui dialog antara peradaban. Bahagian Falsafah dan Tamadun menyediakan rancangan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana dalam kedua-dua bidang. Pada peringkat Sarjana Muda pula, rancangan minor Falsafah dan Tamadun ditawarkan bagi setiap semester bersama-sama penawaran kursus universiti.

Kursus wajib universiti iaitu “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” diselaras oleh Bahagian Falsafah dan Tamadun. Kursus ini bertujuan mendedahkan mahasiswa-mahasiswi dengan tunjang pengetahuan yang luas merangkumi sejarah, model konseptual, nilai-nilai, dan corak budaya yang berakar daripada tamadun Islam dan Asia – Melayu, India dan Cina. Penekanan khusus ditempatkan pada kajian langkah-langkah yang membolehkan nilai-nilai sepunya daripada tamadun-tamadun tersebut diamalkan dalam kalangan etnik-etnik utama di Malaysia. “Pemikiran Kritis” iaitu sebuah kursus opsyen universiti yang berorientasikan kemahiran, juga ditawarkan oleh bahagian ini. Walaupun kursus ini menangani beberapa operasi asas dalam logik, perhatian khusus diberikan kepada pengenalpastian falasi-falasi tak formal dalam penghujahan.

Selain itu, kurikulum Bahagian Falsafah dan Tamadun juga merangkumi kursus-kursus seperti  “Pengantar Falsafah”, “Falsafah Islam”, “Falsafah Barat dan Pemikiran Moden”, “Pemikiran Asia: India, Cina dan Jepun”, “Pemikiran dan Tamadun Melayu”, “Kajian Ketamadunan”, “Pemikiran Islam dan Perubahan Sosial”, “Etika dan Masyarakat Lestari”, dan “Tema Utama dalam Agama Dunia Terpilih”.

Sekumpulan ahli akademik daripada pelbagai bidang ditemui dalam kalangan ahli Bahagian Falsafah dan Tamadun. Minat kajian mereka meliputi sub-sub bidang falsafah dan kajian ketamadunan seperti metafizik, epistemologi, etika, isu ketamadunan kontemporari, tamadun Islam dan tamadun Asia, pemikiran tokoh, sejarah dan falsafah sains Islam, falsafah Islam, sejarah sosial Malaysia, falsafah Barat serta perbandingan agama dan falsafah perbandingan. Dengan kepakaran tersendiri yang terdapat pada setiap ahli akademik, Bahagian Falsafah dan Tamadun turut menawarkan penyeliaan untuk penyelidikan siswazah.

Nama Pensyarah E-Mel Bidang Penyelidikan
Prof. Madya Dr. Muhammad Azizan Sabjan  mazizan@usm.my Perbandingan Agama, Pemikiran Islam (Pendidikan Islam, Pengajian Islam, Sains Islam), Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Dr. Peter Gan Chong Beng  petergan@usm.my Falsafah Agama, Metafizik, Etika
Dr. Suhaila Abdullah  aila@usm.my Pengajian Ketamadunan, Pemikiran Islam dan Melayu, Dakwah Islam, Etika Islam
Dr. Aiza Maslan @ Baharudin  aizamaslan@usm.my Sejarah dan Tamadun Islam, Sejarah Sosial Malaysia, Pengajian Ketamadunan
Dr. Shohana Hussin  shohana@usm.my Pembangunan Islam, Sejarah dan Pemikiran Islam, Moral dan Psikospiritual Islam, Tamadun Islam, Tamadun Asia dan Peradaban Melayu
Dr. Burhanuddin Al-Helmy Baki  burhanuddin_baki@usm.my Falsafah Barat Kontemporari, Falsafah Kontinental, Matematik Teoretikal
Dr. Mohd Syahmir Alias  syahmir@usm.my Epistemologi, Falsafah Sains, Pemikiran Islam (Kaedah Penyelidikan Islam, Sains Islam)

Ikuti juga perkongsian, perkembangan dan makluman terkini Bahagian Falsafah dan Tamadun di media sosial Facebook.